Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama isteri merakamkan gambar bersama dengan ADUN Sarawak pada majlis makan malam Backbenchers GPS Foto: UKAS

Elaun ADUN hadir Persidangan DUN naik ke RM450 sehari – Abang Johari

ByYusuf Shukri

KUCHING, 16 Mei: Elaun untuk kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah dinaikkan kepada RM450 sehari, berbanding hanya RM50 sehari sebelum ini.

Pengumuman Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu dibuat selepas 42 tahun tiada kenaikan ekoran kadar sebelum ini dianggapnya begitu kecil.

Sehubungan itu, beliau berharap kenaikkan elaun itu akan memberi kesan kepada prestasi ADUN agar dapat meningkatkan produktiviti yang sekaligus boleh meningkatkan ekonomi Sarawak.

“Kadar ini kita dapat laksanakan kerana pendapatan kita yang cukup memberangsangkan – lebih RM4.8 billion setakat suku pertama.

“Kalau buat kira-kira jika kita dapat mengekalkan momentum ini, kemungkinan besar kita boleh meningkatkan lagi pendapatan negeri tahun ini,” kata beliau dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Backbenchers Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini, semalam.

Dalam masa sama, Abang Johari juga mengumumkan peningkatan gaji penjawat awam akan dinaikkan sebanyak 13 peratus tetapi bergantung kepada apa yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya lebih banyak butiran perlu dilakukan, tetapi apa yang pasti, kenaikan yang diberi akan melebihi kadar persekutuan.

Majlis tersebut juga menyaksikan sambutan hari jadi ke-74 Menteri di Jabatan Premier, Dato Sri John Sikie Tayai dan juga sambutan hari jadi ke-64 Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abang Johari juga meyampaikan pingat dan trofi kepada pemenang Pertandingan Boling Backbenchers 2024 yang diadakan baru-baru ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan