Search
Close this search box.
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman memaklumkan seramai 5,790 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Arab Saudi sejak 9 Mei lepas. Foto, Zen Hashim (TVS).

5,790 jemaah haji selamat tiba di Tanah Suci

ByLuqman Muhammad

MAKKAH, 16 Mei: Seramai 5,790 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci sejak penerbangan pertama pada 9 Mei lepas.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, seramai 4,403 jemaah kini berada di Madinah manakala 1,387 lagi tiba di sini sejak 14 Mei lepas.

“Para jemaah haji KT1 hingga KT5 yang berada di Makkah telah melaksanakan umrah.

“Lembaga Tabung Haji (TH) telah merangka pelbagai aktiviti dan sesi bimbingan sementara mereka menanti hari berwukuf di Arafah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambah beliau, operasi haji musim 1445H/2024M yang bermula pada 9 Mei 2024 lepas setakat ini berjalan lancar termasuk di Malaysia.

Sementara itu Syed Saleh turut memaklumkan, sebanyak 22 daripada 100 penerbangan khas haji telah berlepas dari Malaysia.

“Sebanyak 47 penerbangan dijadualkan mendarat di Madinah manakala sebanyak 53 penerbangan pula di Jeddah dan jemaah haji akan dibawa ke Makkah.

“Penerbangan terakhir dijadual pada 9 Jun 2024,” ujarnya lagi. -TVS

Wartawan TVS, Luqman Muhammad dan jurukamera, Zeh Hashim kini berada di Tanah Suci membuat liputan musim haji tahun ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan