Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi ketika berucap di Majlis Makan Malam Penghargaan Dan Sambutan Pra Gawai Kementerian Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak di Hotel Hilton di Kuching malam tadi. Foto TVS

Vandalisme cabaran utama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dalam pelaksanaan projek

KUCHIHG, 15 Mei: Isu vandalisme terus menghantui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta agensi-agensi yang terlibat dalam pelaksanaan projek-projek di negeri ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, vandalisme seperti mencuri dan merosakkan peralatan projek itu menjadi antara cabaran yang paling besar dalam usaha memastikan perkhidmatan air, elektrik dan jaringan telefon di Sarawak dapat dimaksimumkan.

Jelasnya, terdapat kerosakan yang dilakukan mengakibatkan masalah lain terjadi seperti kecurian kabel yang menyebabkan kekurangan kuasa elektrik selanjutnya menjejaskan sistem pam air termasuk jaringan telekomunikasi di sesuatu kawasan tersebut.

“Cabaran besar untuk kita semua untuk kementerian dan semua agensi terlibat adalah vandalisme yang menjadi masalah besar yang menghalang liputan baik sama ada dalam bentuk air, elektrik atau telekomunikasi dan liputan internet.

“Vandalisme seperti merosakkan semua kabel curi aset dan peralatan projek menyebabkan kerosakan contohnya kalau kena curi semua kabel elektrik maka kekurangan kuasa elektrik berlaku dan sistem pam untuk air pun berhenti begitu juga telekomunikasi ia menjadi tiga masalah dalam satu perbuatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaan dan Sambutan Pra Gawai Kementerian Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak di Hotel Hilton di sini, malam tadi.

Tambahnya, pelbagai usaha bakal dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat untuk sama-sama menjaga dan menghentikan perbuatan vandalisme ini.

Ujarnya, kempen pencegahan vandelisme secara besar-besaran yang akan diadakan bagi menangani isu vandalisme di seluruh Sarawak pada penghujung bulan Jun 2024 akan dapat membantu mengatasi masalah ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan