Search
Close this search box.
Lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di Sibu petang semalam. Foto IPD Sibu

Pekerja buruh maut, motosikal bergesel tayar lori di Sibu

SIBU,15 Mei: Seorang pekerja buruh maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan bergesel bahagian sisi tayar belakang sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, petang şemalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Edmund Sangkalang Linggi, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika penunggang motosikal terbabit dipercayai memotong sebuah lori yang bergerak di lorong tengah arah yang sama telah bergesel dan hilang kawalan.

“Mangsa telah terjatuh dan terkena tayar lori terbabit. Akibat kemalangan itu, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan mengalami cedera parah di bahagian kepala,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans Hospital Sibu

Zulkipli menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan