Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara InvestSarawak dengan Marubeni Corporation di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.Foto,TVS.

MoU InvestSarawak, Marubeni Corporation pacu Sarawak jadi pengeluar global SAF

BySalasiah Safian

KUCHING, 15 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara InvestSarawak dengan Marubeni Corporation di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Menerusinya syarikat dari Jepun itu menyatakan komitmennya untuk terlibat dalam projek Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.

Kedua – dua pihak akan menjalankan kajian pra kebolehlaksanaan membabitkan rantaian nilai SAF berskala komersial di Sarawak menggunakan bahan mentah biojisim serta menilai teknologi yang berpotensi untuk pengeluarannya.

Kerjasama juga menyasarkan untuk mewujudkan rantaian nilai SAF berskala komersial untuk kegunaan tempatan atau eksport menjelang 2030.

Ketua Pegawai Eksekutif InvestSarawak, Timothy Ong berkata, pihaknya yakin prospek pelaburan yang boleh direalisasikan melalui kerjasama ini.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Marubeni Corporation yang berpengalaman luas dan rangkaian global (yang dimiliki mereka) akan memainkan peranan penting bagi merealisasikan cita-cita Sarawak untuk menjadi pemain global dalam pasaran SAF,” katanya menerusi kenyataan media selepas majlis berkenaan.

https://youtu.be/grBa4WxDniQ

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Marubeni (Bahagian Tenaga dan Penyelesaian Infrastruktur Kumpulan) Yoshiaki Yokota berkata, syarikat itu turut berbesar hati untuk bekerjasama dengan InvestSarawak.

“Kami komited untuk memanfaatkan kepakaran dan sumber bagi mewujudkan rantaian nilai SAF yang berjaya di Sarawak serta akan menyumbang kepada menyahkarbonkan industri penerbangan,” ujarnya.

Marubeni yang sudah bertapak lebih 60 tahun di Malaysia dengan modal pasaran sebanyak 3.4 trilion yen (sehingga 31 Mac 2023) dijangka akan membawa kepakaran dan keupayaan teknikalnya kepada projek tersebut.

Kerjasama juga termasuk membekalkan permintaan yang semakin meningkat dalam sektor penerbangan seterusnya menyumbang kepada mencapai matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) termasuk menjadikan rantau ini sebagai pemain global dalam pembekalan SAF dan serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional Malaysia dalam penyahkarbonan sektor penerbangan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan