Search
Close this search box.
Pengarah Eksekutif Haji TH, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abd Rahman ketika sidang media selepas menyambut ketibaan jemaah haji kumpulan kedua KT02 di hotel penginapan Abraj Janadriyah, Ibu Pejabat Tabung Haji di Mekah. Foto Zen Hashim (TVS)

Malaysia berdepan hilang keistimewaan visa pelancong Arab Saudi jika gagal patuhi peraturan

ByLuqman Muhammad

MEKAH,15 Mei: Malaysia akan berdepan kehilangan keistimewaan visa pelancong yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi sekiranya gagal mematuhi peraturan mengunjungi negara tersebut tanpa visa haji yang sah untuk melaksanakan ibadah haji pada musim haji 1445H/2024M.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata, kerajaan Arab Saudi memandang serius perkara tersebut sehingga mengumumkan penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 riyal (SAR10,000) bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji.

“Kerajaan Arab Saudi telah memberi keistimewaan kepada Malaysia serta satu dua negara Islam yang lain sahaja yang diberi keistimewaan visa pelancong untuk datang masuk ke Arab Saudi.

“Jadi saya mengharapkan janganlah kita menyalahgunakan visa pelancong ini untuk tujuan melaksanakan ibadat haji, kerana ia akan mencalarkan imej Malaysia dan dalam masa sama adakah kemungkinan kemudahan dan keistimewaan ini akan ditarik balik?

“Jadi saya mengharapkan janganlah ada di kalangan rakyat Malaysia yang melakukan kesalahan peraturan negara Arab Saudi,” katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan jemaah haji kumpulan kedua KT02 di hotel penginapan Abraj Janadriyah, Ibu Pejabat Tabung Haji di Mekah.

Dalam pada itu katanya lagi, kerajaan Arab Saudi kini sudah mula membuat tangkapan terhadap pihak agensi dan pihak tertentu yang cuba menawarkan perkhidmatan haji kepada mereka yang menggunakan visa pelancong dan visa umrah.

“Ini satu mesej yang jelas diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada seluruh dunia dan negara yang akan menghantar jemaah haji mereka ke tanah suci,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Malaysia antara 49 negara yang mendapat keistimewaan dari kerajaan Arab Saudi yang membolehkan rakyat Malaysia menggunakan Visa Pelancong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan