Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bergambar bersama pesara pegawai kanan PDRM di Astana Negeri hari ini. Foto TVS

Iktiraf jasa pesara polis dan veteran tentera – TYT

KUCHING, 15 Mei: Jasa serta sumbangan bekas anggota polis dan veteran tentera wajib diiktiraf, kata Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menurutnya, bekas anggota keselamatan itu banyak berkorban kepada Sarawak, terutama ketika waktu darurat dan konfrontasi komunis sekitar tahun 1950-an sehingga penghujung 1990-an.

Justeru, usaha perlu dilakukan bagi memberi pengiktirafan buat wira-wira negara itu.

“Saya minta kerajaan negeri untuk menganugerahkan semua pegawai serta anggota polis dan tentera yang berkhidmat ketika zaman darurat serta konfrontasi sekitar tahun 1952, di mana Korporal Natu telah mati dibunuh sehingga Oktober 1990 di mana saki-baki pihak komunis menyerah diri dan keluar dari hutan Sarawak.

“Pingat tersebut diharap setaraf dengan apa yang dianugerahkan oleh pihak tentera iaitu Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan juga Pingat Jasa Pahlawan Negara, kepada bekas polis yang saya sendiri usahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Titian Kesetia-Kawanan Pesara-pesara Kanan Polis Sarawak di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Antara yang hadir ialah Tan Sri Mohd Jamil Johari dan Datuk Abang Abdul Wahap Julai serta lebih 30 pesara yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis negeri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan