Search
Close this search box.
Kawasan Hutan Bajoh-Ujong Murod dengan keluasan 13,125 hektar diwartawakan sebagai Hutan Simpan Kekal baharu. Foto hiasan Envato

DUN Sarawak: Hutan Bajoh-Ujong Murod diwarta hutan simpan kekal baharu

ByShafik Ahmad

KUCHING, 15 Mei: Kawasan Hutan Bajoh-Ujong Murod dengan keluasan 13,125 hektar diwartawakan sebagai Hutan Simpan Kekal baharu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ia menjadikan luas keseluruhan Hutan Simpan Kekal di Sarawak setakat ini adalah 3,960,471 hektar.

“Sejajar dengan Polisi Guna Tanah Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Hutan Sarawak telah mewartakan kawasan seluas 3.9 juta hektar sebagai Hutan Simpan Kekal daripada jumlah enam juta hektar yang disasarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Awang Tengah turut memaklumkan dewan, kementeriannya menerusi Jabatan Hutan Sarawak dengan kerjasama agensi lain menjalankan kajian saintifik di Taman Rimba Sebangkoi, Sarikei.

“Pelbagai aspek kajian telah dilaksanakan meliputi bidang tanah, entomologi, hidrologi, botani, anatomi kayu, kulat, cendawan, kelawar dan burung.

“Hasil ekspedisi ini akan digunakan untuk penyediaan kertas cadangan pewartaan Taman Rimba Sebangkoi sebagai Amenity Forest, iaitu untuk tujuan penyelidikan, pendidikan dan rekreasi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan