Search
Close this search box.
Pelajar yang menyertai Persidangan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Rendah Peringkat Daerah Simunjan. Foto NREB

Generasi muda bantu lestarikan alam sekitar

SIMUNJAN, 15 Mei: Generasi muda terdiri daripada pelajar yang menyertai Persidangan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) harus membawa pulang inspirasi baharu dan semangat untuk terus berusaha dalam memastikan kelestarian alam sekitar.

Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Jack Liam berkata, semua pelajar memainkan peranan penting dalam menangani cabaran perubahan iklim, langkah-langkah praktikal seperti mengurangkan penggunaan tenaga dan mengamalkan konsep 3R (Kurangkan, Guna Semula, dan Kitar Semula) dan mengamalkan gaya hidup lestari dapat memberi impak positif dalam usaha global menangani isu tersebut.

“Melalui program sebegini saya yakin para peserta akan terus berusaha memastikan keseimbangan agar kelestarian alam sekitar terpelihara,” katanya ketika berucap di Persidangan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Rendah Peringkat Daerah Simunjan yang disertai seramai 73 pelajar dan 54 orang guru daripada 17 buah sekolah di daerah Simunjan baru-baru ini.

Objektif utama persidangan ini adalah menyediakan platform bagi sekolah-sekolah kelab PALS untuk berkongsi maklumat dan kemahiran tentang penjagaan alam sekitar, meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab pelajar terhadap pemeliharaan dan pengawalan kualiti alam sekitar, serta mewujudkan jaringan kerjasama antara pelajar, guru, dan pihak berkepentingan.

Pelbagai modul pendidikan alam sekitar telah diperkenalkan sepanjang tiga hari program berlangsung termasuk envirohunt, ramah mesra alam sekitar dan melodi alam sekitar.

Katanya, NREB telah memperkenalkan PALS dengan sokongan dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPNS) di sekolah-sekolah di Sarawak sejak tahun 1999, bertujuan untuk memupuk kecintaan terhadap alam sekitar, mendorong pembelajaran praktikal tentang pemuliharaan dan menanamkan nilai-nilai kelestarian dan tanggungjawab sosial dalam diri pelajar.

“Sebagai inisiatif utama NREB, PALS memainkan peranan penting dalam memperkaya pengetahuan, kesedaran dan kemahiran pelajar serta masyarakat dalam usaha penjagaan alam sekitar. Setakat ini sejumlah 473 sekolah telah menyertai Kelab PALS di seluruh Sarawak,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan, Hasbi Ancheh dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada pihak NREB atas kerjasama dalam menjayakan program tersebut dan berharap agar lebih banyak program sebegini dapat diadakan di Daerah Simunjan pada masa akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan