Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan. Foto TVS

DUN Sarawak: Sektor pembuatan rekod pelaburan RM2.4 bilion pada suku pertama

ByShafik Ahmad

KUCHING, 15 Mei: Sektor pembuatan Sarawak merekodkan pelaburan bernilai RM2.4 bilion membabitkan pelaksanaan 30 projek pada suku pertama tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata pelaburan ini dijangka mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan terutamanya dalam segmen produk kimia, produk logam asas dan produk bukan logam.

Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MITRED) itu berkata Sarawak terus menarik minat dan pengembangan pelaburan langsung asing dan domestik baharu.

“Antaranya ialah kaca solar dan projek perlombongan pasir silika (RM6.5 bilion), pusat data (RM18.6 bilion) dan pengembangan untuk mengeluarkan komponen bateri (RM1 bilion),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya semasa Persidangan DUN Sarawak di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Awang Tengah berkata kerajaan Sarawak telah meluluskan pelaburan berjumlah RM22.8 bilion untuk pelaksanaan 339 projek yang berpotensi mewujudkan kira-kira 4,500 peluang pekerjaan pada 2023

Daripada jumlah itu, RM9.2 bilion atau 40.4 peratus adalah untuk sektor pembuatan, RM8.8 bilion (38.6 peratus) untuk sektor perkhidmatan dan RM4.8 bilion (21 peratus) untuk sektor utama.

“Pada 2023, sektor pembuatan menyumbang 27.7 peratus kepada jumlah keluaran dalam negara kasar Sarawak, mewujudkan 4,200 peluang pekerjaan,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS