Search
Close this search box.
Sarawak merekodkan penanaman 34 juta pokok setakat April tahun ini sekali gus menjadi penyumbang tertinggi bagi penanaman pokok di Malaysia. Foto hiasan Envato

DUN Sarawak: Sarawak sumbang rekod tertinggi penanaman pokok di Malaysia

ByShafik Ahmad

KUCHING, 15 Mei: Sarawak merekodkan penanaman 34 juta pokok setakat April tahun ini sekali gus menjadi penyumbang tertinggi bagi penanaman pokok di Malaysia.

Dalam ucapan penggulungan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dengan perkembangan itu, sasaran 35 juta pokok di Sarawak dapat dicapai lebih awal.

“Kerajaan Sarawak komited untuk menanam sebanyak 35 juta pokok melalui inisiatif Greening Sarawak Campaign, dengan menggalakkan penanaman pokok termasuk spesis pokok untuk perhutanan bandar, pokok ladang hutan, pokok hutan asli dan sebagainya.

“Sarawak merupakan penyumbang tertinggi bagi penanaman pokok di Malaysia setakat April 2024 dengan merekodkan penanaman sebanyak lebih 34 juta pokok dan kita menjangkakan akan dapat mencapai sasaran penanaman 35 juta pokok dalam masa terdekat, iaitu lebih awal daripada tahun sasaran, 2025,” katanya.

Untuk rekod, Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021 hingga 2025) telah dilancarkan secara serentak di seluruh negara pada 5 Januari 2021.

Tujuannya ialah untuk memastikan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan hutan dapat dicapai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan