Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

DUN Sarawak: Sarawak dalam proses pinda Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar

BySalasiah Safian

KUCHING, 15 Mei: Penurunan autonomi alam sekitar di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dilaksanakan secara berperingkat, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurut Timbalan Premier Sarawak itu, fasa pertama membabitkan proses ambil alih kuasa tadbir urus berkaitan pengurusan buangan terjadual bermula pada tahun 2025.

Manakala aspek pengurusan efluen industri, kawalan kualiti udara dan pengurusan EIA akan diambil alih pada fasa berikutnya.

“Bagi memperkasakan pelaksanaan penurunan kuasa itu, satu rangka kerja pelaksanaan telah disediakan dan diperaku oleh Lembaga NREB pada 2 Ogos 2023.

“Rangka kerja tersebut yang berada di bawah seliaan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar ini terdiri daripada Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Teknikal serta empat Jawatankuasa Kerja yang masing-masing bertanggungjawab berkenaan perkara Perundangan, Sumber Manusia, Pembangunan Sistem dan Infrastruktur,” katanya.

Dari segi perundangan, Kerajaan Sarawak dalam proses meminda the Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan menambah peruntukan-peruntukan yang berkaitan sebagai punca kuasa bagi membolehkan NREB mengambilalih kuasa autonomi alam sekitar yang menyeluruh dari Kerajaan Persekutuan.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II berkata Kerajaan Sarawak juga telah meluluskan penyusunan semula organisasi dan keperluan sumber manusia bagi memastikan jumlah tenaga kerja yang mencukupi dan kompeten.

Bagaimanapun sekiranya wujud keperluan untuk peminjaman atau penyerapan tenaga kerja dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak ke NREB, ia akan dibincangkan serta diteliti secara bersama dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan JAS Malaysia terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan