Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto UKAS

DUN Sarawak: RMK12: 75 projek SPS dan SPK telah diluluskan

ByMadeline Dugat

KUCHING, 15 Mei: Sebanyak 75 projek Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) telah diluluskan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan peruntukan Projek Rakyat sehingga 30 April 2024.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelaksanaan program ini merupakan komitmen dan keperihatinan kerajaan Sarawak terhadap rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan tanah untuk mendirikan rumah.

“Sebanyak 7, 570 lot kediaman dengan kos pelaksanaan dianggarkan berjumlah RM1.219 bilion.

“Daripada 75 projek tersebut, 19 projek telah siap sepenuhnya mengikut skop pembangunan dan baki 56 projek akan disediakan sehingga penghujung RMKe-12,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Rabu.

Tambah Awang yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, projek-projek SPS dan SPK yang dilaksanakan adalah mengikut spesifikasi infrastruktur yang telah ditambah baik seperti berturap, parit konkrit, lot-lot yang ditembok dan sistem utiliti sejak 6 Mei 2018.

Dalam pada itu, kerajaan Sarawak juga telah menetapkan bayaran premium tanah tidak melebihi RM2,500 bagi setiap lot kediaman di dalam SPS dan SPK walaupun kos penyediaan setiap lot tersebut dalam lingkungan RM120,000 hingga RM150,000.

Awang Tengah menegaskan, ia membuktikan keprihatinan Kerajaan GPS yang sentiasa memberi perhatian kepada rakyat yang memerlukan bantuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan