Search
Close this search box.
Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) akan membuat pelaburan RM4 bilion di Bintulu dan Miri dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi menggalakkan pertumbuhan lebih besar dalam industri gas domestik di seluruh Sarawak.

DUN Sarawak: PETROS labur RM4 bilion pacu pertumbuhan industri gas di Bintulu, Miri

ByRegina Lee

KUCHING, 15 Mei: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) akan melabur sebanyak RM4 bilion di Bintulu dan Miri bagi tempoh tiga tahun akan datang untuk menggalakkan pertumbuhan industri gas.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelaburan itu termasuklah RM100 juta untuk penghantaran gas ke Bandar Bintulu dengan memperluaskan rangkaian saluran.

Jelas beliau projek berkenaan dijangka akan memanfaatkan lebih 28,000 isi rumah serta pelanggan komersial dan industri.

“(Sebanyak) RM1 bilion (pula akan dilabur) untuk membangunkan Projek Samalaju Pipeline (SPL). Cadangan saluran paip sepanjang 65 kilometer (km) itu akan mengangkut gas asli dari Bintulu ke Taman Perindustrian Samalaju (SIP).

“Projek Kontrak Pemasangan dan Pentauliahan Pembinaan Perolehan Kejuruteraan telah dianugerahkan pada Disember 2023 dan kini berada di bawah fasa Reka Bentuk Terperinci manakala projek SPL berada di landasan untuk gas pertama di SIP menjelang akhir 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai pelaburan berkenaan, Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Sarawak berkata, sebanyak RM2.5 bilion juga disediakan untuk membangunkan Loji Kuasa Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) 500 MW Miri.

Loji berkenaan kata beliau dijangka akan beroperasi menjelang suku keempat 2027 dan akan disambungkan ke pencawang Sarawak Energy di Tudan untuk menambah permintaan tenaga bagi utara Sarawak.

“Loji Janakuasa ini dijangka mewujudkan lebih 100 peluang pekerjaan secara langsung semasa fasa operasi,” katanya.

Tambah Awang Tengah, PETROS akan terus terlibat secara aktif dalam aktiviti huluan terutamanya dalam memperbaharui penerokaan dan pengkomersilan darat.

Setakat ini jelas beliau PETROS sudah menyertai 18 blok Sarawak, sekali gus mengekalkan bekalan gas asli jangka panjang untuk merealisasikan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan