Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas Foto fail Aziz Soleh (TVS)

DUN Sarawak: Pengenalan SST ke atas eksport ferroaloi dan polisikon berkuat kuasa September ini

ByRegina Lee

KUCHING, 15 Mei: Kerajaan Sarawak telah meluluskan pengenalan cukai jualan negeri (SST) ke atas eksport ferroaloi dan polisilikon pada kadar 1.5 peratus berkuat kuasa 1 September tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kadar itu adalah adil dan munasabah bagi syarikat yang terjejas.

“Mereka (syarikat yang terjejas) turut menikmati insentif cukai daripada Kerajaan Persekutuan dan kadar kuasa yang menggalakkan daripada wilayah.

“Pendapatan yang dijana daripada sumber ini akan memberi kita kelonggaran fiskal dalam meningkatkan usaha pembangunan sosioekonomi yang termasuk antara lain melaksanakan inisiatif tenaga bersih dan boleh diperbaharui,” katanya dalam ucapan penggulungannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua Sarawak berkata, sejumlah RM8.3 juta SST bagi eksport produk kayu terpilih dicatatkan setakat 31 Mac 2024.

“Keputusan Sarawak untuk meluluskan pengenaan SST ke atas eksport produk kayu terpilih pada 1 Jun 2023 lepas telah mencatatkan kutipan sebanyak RM14 juta untuk tahun lalu.

“Untuk 2024, Sarawak dijangka untuk mengutip RM33 juta SST,” katanya lagi.

Tambah Douglas Uggah, Kerajaan Sarawak akan terus meneroka peluang baharu untuk meningkatkan dan mempelbagaikan sumber wilayah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan