Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto TVS

DUN Sarawak: Lebih RM227 juta diluluskan imbangi pembangunan luar bandar dan bandar – Awang Tengah

BySalasiah Safian

KUCHING, 15 Mei: Kerajaan telah meluluskan siling peruntukan berjumlah lebih RM227 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RM Ke-12) bagi melaksanakan projek-projek pembangunan bandar baharu, pekan baharu dan pusat perkhidmatan (service centre).

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan untuk memastikan keseimbangan ekonomi bagi kawasan bandar dan luar bandar, Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) telah merancang dan sedang giat menjalankan pelbagai pembangunan di kawasan-kawasan tersebut.

Beliau yang juga merupakan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua berkata, bagi pembangunan bandar baharu dan pekan baharu sebagai hab pemangkin ekonomi di luar bandar, LCDA giat melaksanakan projek-projek seperti Bandar Baru Sebuyau, Samarahan; Bandar Baru Simunjan, Samarahan; Bandar Baru Daro Fasa II, Mukah; dan Pekan Baru Kabong, Betong.

“Selain itu, projek-projek pembangunan pusat perkhidmatan (service centre) juga diberi keutamaan dan kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan, antaranya adalah Lingga Service Centre, Sri Aman; Matu Service Centre, Mukah; Igan Service Centre, Mukah; Matadeng Service Centre, Mukah; dan Ulu Merapok Service Centre, Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan