Search
Close this search box.
Penemuan habitat terbaharu monyet Tricolour Langur atau monyet merah telah direkodkan di Sungai Selai Inah, Jemoreng. Foto tangkap layar Persidangan DUN Sarawak.

DUN Sarawak: Habitat monyet merah di Jemoreng akan diwartakan

BySaibi Gi

KUCHING, 15 Mei: Satu penemuan habitat terbaharu monyet Tricolour Langur atau monyet merah telah direkodkan di Sungai Selai Inah, Jemoreng semasa ekspedisi saintifik dilaksanakan di kawasan berkenaan.   

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata penemuan monyet atau nama saintifiknya, Presbytis Chrysomelas cruciger, itu diterbitkan pada 27 Mac 2024, dalam artikel antarabangsa, iaitu Check List the Journal of Biodiversity Data.

“Spesies tersebut hanya pernah dijumpai di Taman Negara Maludam. Untuk makluman, monyet yang unik tersebut dikategorikan sebagai spesies terancam secara kritikal dalam International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List serta spesies yang terlindung dalam Wild Life Protection Ordinance, 1998,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan bagi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, Jabatan Hutan Sarawak kini dalam proses pewartaan kawasan habitat monyet tersebut, iaitu seluas lebih kurang 845 hektar sebagai Sungai Selai Inah Protected Forest.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan