Search
Close this search box.
Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, SPK yang diluluskan di bawah Projek Rakyat ini ialah SPK Pagan, SPK Roban Fasa 2, SPK Baharu Kupang dan SPK Hulu Saratok Fasa 2. Foto UKAS

DUN Sarawak: Empat projek SPK DUN Kalaka bakal sedia 706 lot kediaman

ByMadeline Dugat

KUCHING, 14: Sebanyak empat projek program Skim Pembesaran Kampung (SPK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka bakal menyediakan sejumlah 706 lot kediaman setelah kerja pembinaan siap sepenuhnya.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, SPK yang diluluskan di bawah Projek Rakyat ini ialah SPK Pagan, SPK Roban Fasa 2, SPK Baharu Kupang dan SPK Hulu Saratok Fasa 2.

“Di antaranya, SPK Pagan sedang dalam proses tender; SPK Roban sedang dalam proses pengambilan balik tanah; SPK Baharu Kupang dan SPK Hulu Saratok telah pun dimuktamadkan pertapakannya untuk proses pengambilan balik tanah,” katanya ketika ucapan pengulunggan Kementerian Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Rabu.

Sementara itu, bagi skim yang diluluskan di bawah RMKe-12 iaitu SPK Paloh menyediakan 134 lot kediaman di bawah Kajian Separuh Penggal (KSP) RMKe-12 dengan nilai siling sejumlah RM500,000 untuk tujuan reka bentuk.

“Kerja reka bentuknya akan dimuktamadkan pada tahun 2024.

“Sekiranya pelaksanaan SPK PAloh diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13),kerja-kerja pembinaan SPK Paloh dijangka akan bermula pada suku kedua tahun 2026 dan dijangka siap pada suku kedua tahun 2028,” katanya.

Selain itu, Jabatan Tanah dan Survei akan mengemukaan semula cadangan pelaksanaan SPK Baru Saratok dalam RMKe-13 yang mampu menyediakan 130 lot kediaman.

Bagi menampung keperluan lot kediaman penduduk yang terlibat dengan hakisan sungai, Jabatan Tanah dan Survei juga akan mengemukakan cadangan untuk pelaksana SPK Lingga Fasa 2 Peringkat 2 dalam Rancangan Malaysia Ke-13.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan