Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan(dua kanan) sebelum penggulungan kementeriannya di DUN Sarawak hari ini. Foto, TVS.

DUN Sarawak: Empat projek penempatan baharu dilaksana Kerajaan Sarawak siap sepenuhnya

ByRegina Lee

KUCHING, 15 Mei: Kerajaan Sarawak berjaya menyiapkan empat penempatan baharu di bawah Projek Pembaharuan Bandar, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, ia membabitkan Projek Pembangunan Darul Hana Fasa Pertama yang melibatkan 318 ketua isi rumah (KIR) dari Kampung Semarang, Kampung Panglima Seman Lama dan kawasan sekitar.

Jelas beliau, setakat 30 April 2024, seramai 258 KIR telah berpindah ke Darul Hana dan baki 60 lagi dijangka akan berbuat demikian dalam tempoh terdekat.

“Fasa kedua pula melibatkan seramai 252 KIR dari Kampung Pulo Ulu yang juga dijangka akan berpindah ke Darul Hana sebelum hujung tahun ini.

“Kerajaan Sarawak juga turut mengambil kira keperluan ketua keluarga tambahan dengan menyediakan rumah kediaman di Sungai Bedaun untuk seramai 106 ketua keluarga tambahan dari Kampung Semarang, Kampung Panglima Seman Lama dan kawasan sekitarnya.

“Pengagihan rumah kepada mereka yang layak akan dilaksanakan sebelum hujung tahun ini,” katanya pada sesi penggulungan kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Tambah Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Sarawak, projek sama juga melibatkan pembangunan semula Kampung Datu dan Kemuyang di Sibu.

“Seramai 49 KIR dan 67 ketua keluarga tambahan di Kampung Datu, sebahagian Kampung Baharu dan sebahagian Kampung Hilir, Sibu akan mula berpindah ke Kampung Datu Baru, Sibu sebelum akhir tahun ini,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan