Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) akan mewajibkan pelaksanaan Audit Pematuhan Alam Sekitar (ECA) bagi sektor perhutanan berkuat kuasa 1 Julai ini. Foto TVS

DUN Sarawak: Audit Pematuhan Alam Sekitar berkuat kuasa mulai Julai ini

ByRegina Lee

KUCHING, 15 Mei: Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) akan mewajibkan pelaksanaan Audit Pematuhan Alam Sekitar (ECA) bagi sektor perhutanan berkuat kuasa 1 Julai ini.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dijangkakan 101 projek perhutanan yang terdiri daripada 61 pemegang Lesen Kayu Hutan (FTL) dan 40 pemegang lesen untuk Hutan Tanam (LPF) akan mengadaptasi pendekatan kawal selia kendiri alam sekitar melalui ECA.

“Ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan akauntabiliti pihak pemaju projek melalui pendekatan kawal selia kendiri dengan memastikan pematuhan terma dan syarat kelulusan laporan EIA, garis panduan atau peraturan lain yang dikeluarkan oleh NREB di bawah Peraturan Sumber Asli dan Alam Sekitar (Audit) 2008.

“Bagi memastikan ECA dapat dilaksanakan dengan lancar, NREB telah mengadakan 14 siri latihan audit yang telah berjaya menghasilkan 166 juruaudit berdaftar dengan NREB dalam pelbagai sektor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Tambahnya, projek perintis ECA telah dilaksanakan yang melibatkan sembilan pemegang FTL dan empat pemegang LPF melalui kerjasama di antara NREB dan Sarawak Timber Association (STA).

Sehubungan itu, NREB akan memperluaskan pelaksanaan pendekatan kawal selia kendiri alam sekitar kepada sektor pertanian, kuari dan perlombongan serta projek mega dalam masa terdekat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan