Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM30 juta kepada SALCRA bagi menghasilkan makanan haiwan ternakan berkualiti tinggi dan murah berasaskan sisa sawit. Foto hiasan, Envato.

Sarawak belanja RM30 juta hasilkan makanan ternakan berasas sisa sawit

ByHandy G

KUCHING, 14 Mei: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM30 juta kepada Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) bagi menghasilkan makanan haiwan ternakan berkualiti tinggi dan murah berasaskan sisa sawit.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, dana berkenaan digunakan untuk pembinaan kilang di Lubok Antu dan Saratok yang mengeluarkan makanan ternakan.

“Usaha ini sebahagian daripada strategi lebih luas untuk menangani kos makanan ternakan yang meningkat dengan menggunakan sisa pertanian.

“Ini selaras dengan komitmen Kerajaan Sarawak untuk memajukan ekonomi hijau dan kitaran, seterusnya mempromosikan amalan pertanian lestari di seluruh wilayah,” kata beliau semasa sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, Stephen Rundi memaklumkan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) pula akan menghasilkan makanan ternakan lembu dalam bentuk pelet berasaskan sisa sawit.

Kata beliau, sebuah kilang baru di Sibu dijangka akan mula beroperasi tahun ini dan mampu menghasilkan kira-kira 3,200 tan metrik makanan ternakan setiap tahun.

“Bagi pembinaan kilang di Lubok Antu, (prosesnya) berada di landasan yang betul dengan pengeluaran tahunan dijangka sebanyak 13,500 tan metrik bermula pada suku kedua 2025.

“Bagi kilang makanan ternakan ruminan di Saratok, pemasangan mesin dan peralatan dijangka selesai pada suku ketiga tahun ini.

“Kilang ini mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 20,000 tan metrik pelet sawit untuk makanan ternakan ruminan setiap tahun,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan