Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media selepas sesi penggulungan MYSED semasa Persidangan DUN Sarawak. Foto Zaim Zafran (TVS)

MYSED optimis acara Sukan SEA 2027 diadakan di Sarawak

ByShafik Ahmad

KUCHING, 14 MEI: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) optimis beberapa acara Sukan SEA 2027 akan diadakan di Sarawak.

Mengulas perkara itu, menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia berdasarkan rundingan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diterajui menterinya, Hannah Yeoh.

“Kita sedang mengadakan perbincangan dengan KBS, apabila tiba masanya nanti kita akan buat pengumuman mengenai perkara itu termasuk berapa acara yang akan diadakan di Sarawak.

“Ya memang kita akui bahawa fasiliti sukan di Sarawak tidak semuanya mencapai piawaian antarabangsa” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi penggulungan MYSED semasa Persidangan DUN Sarawak di sini pada Selasa.

Abdul Karim yakin sebahagian acara Sukan SEA akan dapat dipertandingan di Sarawak buat pertama kali.

Untuk rekod Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan SEA pada 2027 selepas Thailand bagi edisi 2025. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan