Search
Close this search box.
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di belakang bangunan pasaraya di Malihah, Jalan Batu Kawa, Kuching, pagi tadi. Foto, media sosial.

Lelaki ditemukan meninggal dunia di belakang pasar raya di Jalan Batu Kawa

KUCHING, 14 Mei: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di belakang sebuah pasaraya di Malihah, Jalan Batu Kawa di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Irwan Hafiz Mohd Radzi berkata, mangsa dipercayai menghidap penyakit tibi dan darah tinggi.

Kata beliau, polis menerima laporan berhubung kes itu pukul 7.23 pagi.

“Siasatan di lokasi oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam 37 tahun,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, tiada sebarang unsur jenayah dikesan di tempat kejadian.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan