Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang (duduk tengah) bergambar sempena Majlis Perasmian Inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga Sebagai Penggerak Komuniti Progresif Tahun 2024 di Dewan Sri Jugra Banting hari ini.Foto, Bernama.

Kementerian Perpaduan Negara peruntuk RM20 juta perkasa Rukun Tertangga

ByBernama

BANTING, 14 Mei: Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan RM20 juta bagi memperkasakan Rukun Tetangga (RT) menerusi Inisiatif Pemerkasaan RT Sebagai Penggerak Komuniti Progresif yang dilancarkan hari ini.

Ramles Walter & Dabra Sia | Happy Gawai Kaamatan | Pepsi Harvest Celebration Anthem.

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata inisiatif berkenaan memfokuskan lapan bidang merangkumi ekonomi dan sara hidup, keselamatan dan ketahanan komuniti, kepimpinan, kesejahteraan komuniti, pembelajaran sepanjang hayat, alam sekitar, warisan dan budaya serta daya cipta.

Beliau berkata sebanyak 116 daripada 8,438 RT di seluruh negara telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai perintis Model RT Progresif fasa pertama yang akan bermula selepas pelancaran berkenaan.

“Sejak penubuhan RT pada 1975, peranannya sebagai pemacu agenda perpaduan dan keselamatan dalam komuniti telah terbukti memberi impak yang signifikan kepada negara.

“Pencapaian RT dapat dilihat bukan sahaja dalam aspek penyatuan masyarakat, tetapi juga telah mengorak langkah lebih jauh ke hadapan terutamanya dalam aspek pembangunan komuniti,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran itu di sini hari ini.

Menerusi inisiatif itu, Aaron berkata RM11.073 juta peruntukan difokuskan kepada bidang ekonomi dan sara hidup serta keselamatan dan ketahanan komuniti.

Beliau berkata sebanyak RM2.612 juta diperuntuk kepada pemerkasaan bidang pembelajaran sepanjang hayat manakala RM4 juta diperuntuk bagi lima bidang lain.

“Melalui usaha ini, peranan RT akan diperkasa sebagai penghubung penting dalam komuniti melalui peningkatan keupayaan dan kerjasama strategik,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan