Search
Close this search box.
Pengarah Hospital Miri, Dr Jack Wong Siew Yu semasa sesi bergambar bersama staf hospital, RCBC dan Gereja LDS Charities. Foto TVS

Hospital Miri terima sumbangan 207 peralatan bernilai RM382,336

MIRI, 14 Mei: Sebanyak 207 peralatan perubatan bernilai RM382,336 disumbangkan kepada Hospital Miri oleh Kelab Rotary Sentral Bintulu (RCBC) bersama penaja Gereja Latter-Day Saints (LDS) Charities.

Pengarah Hospital Miri, Dr Jack Wong Siew Yu berkata sumbangan ini akan membantu hospital berkenaan untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan kepada pesakit yang lebih memerlukan.

“Pendermaan peralatan perubatan kritikal kepada Hospital Miri bukan hanya mencerminkan sifat murah hati, ia juga merupakan talian hayat yang akan meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan untuk ramai dan membawa harapan kepada mereka yang paling memerlukannya.

“Sumbangan yang tidak ternilai ini datang pada masa yang penting apabila permintaan untuk penjagaan perubatan berkualiti sentiasa meningkat dan peralatan yang didermakan akan memperkasakan profesional penjagaan kesihatan untuk melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan dan cekap, memastikan pesakit menerima penjagaan yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Perubatan ke Hospital Miri pada Selasa.

Katanya, kesemua peralatan tersebut akan diedarkan kepada Klinik Kesihatan, unit flebotomi, bank darah dan jabatan kejururawatan di bawah pentadbiran Hospital Miri.

Sumbangan tersebut merupakan sekuel keempat di bawah Project Delivery Hope: Touching More Lives dengan bertemakan ‘Create Hope in the World’ yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepada orang lain, menggalakkan integriti dan memajukan pemahaman dunia melalui perniagaan, profesional dan pemimpin masyarakat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan