Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto Zaim Zharfan (TVS)

DUN Sarawak: Wajar dilaksanakan persempadanan semula

ByShafik Ahmad

KUCHING, 14 Mei: Semakan persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak wajar untuk dipertimbangkan selepas kali terakhir ia dilaksanakan pada 2015.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia membolehkan penambahan kerusi untuk konstituensi baharu diwujudkan.

“Dalam Perlembagaan Malaysia kita boleh mengadakan penambahan kerusi setiap lapan tahun, jadi untuk DUN dan Parlimen masanya sudah tiba boleh diadakan bagi kedua-dua.

“Sebelum ini, kedua-dua DUN dan Parlimen di peringkat Sarawak telah dilaksanakan lapan tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Setiausaha Agung GPS, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berhubung persempadanan semula DUN Sarawak membabitkan kawasan Parlimen Kapit, Hulu Rejang dan Kanowit

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) katanya akan menentukan keputusan akhir kawasan baharu yang akan diwujudkan.

“Walaupun pemimpin boleh mencadangkan kawasan, tetapi keputusan akhir akan ditentukan oleh SPR, malah perlembagaan juga akan dipinda bagi menambah kerusi perwakilan,” katanya.

Abdul Karim yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan sentiasa terbuka dengan apa-apa keputusan yang terbaik daripada SPR walaupun kawasan baharu diwujudkan melibatkan kerusi bandar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan