Search
Close this search box.
Sarawak mencapai jumlah pengeluaran padi sebanyak kira-kira 118,000 tan metrik atau 32 peratus tahap sara diri (SSL), pada tahun 2023. Foto TVS

DUN Sarawak: Sarawak capai 118,000 tan metrik jumlah pengeluaran padi pada 2023

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 14 Mei: Sarawak mencapai jumlah pengeluaran padi kira-kira 118,000 tan metrik atau 32 peratus tahap sara diri (SSL), pada tahun 2023, kata Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak itu berkata, kira-kira 61,000 hektar tanah ditanam dengan padi, di mana sebanyak 32,000 hektar daripadanya diklasifikasikan sebagai padi basah manakala baki 29,000 hektar adalah padi bukit.

“Justeru, untuk mencapai 60 peratus SSL, Sarawak perlu mengeluarkan kira-kira 236,000 tan metrik padi yang bersamaan dengan 142,000 tan metrik beras.

“Seterusnya, untuk mencapai 100 peratus SSL, Sarawak memerlukan sejumlah 17,500 hektar kawasan baharu yang dilengkapi infrastruktur tertiari untuk menghasilkan kira-kira 392,000 tan metrik padi yang bersamaan dengan 235,000 tan metrik beras menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rundi berkata, kementeriannya juga telah bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi Sarawak dan Jabatan Pertanian Sarawak untuk mengadakan Bengkel Pemantapan Pengeluaran Padi dan Beras di negeri ini yang berlangsung pada 26 hingga 28 Mac yang lepas.

“Bengkel yang diadakan selama tiga hari itu telah dihadiri oleh 114 peserta termasuk wakil dari Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan (KPKM), pelbagai agensi Persekutuan dan negeri, syarikat ‘government-linked’, institusi pengajian tinggi dan sektor swasta.

“Bengkel ini juga menjadi platform untuk membincangkan dan berkongsi idea dalam mentransformasikan industri beras di Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan