Search
Close this search box.
Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) telah memperuntukkan geran sebanyak RM40.4 juta untuk menyokong 222 acara dan festival pelancongan tempatan dan antarabangsa pada tahun 2023. Foto TVS

Peruntukan RM40.4 juta sokong festival pelancongan tempatan, antarabangsa di Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 14 Mei: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak telah memperuntukkan geran sebanyak RM40.4 juta untuk menyokong 222 acara dan festival pelancongan tempatan dan antarabangsa sepanjang tahun lepas.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sehingga 13 Mei pula, kementeriannya telah meluluskan RM7.5 juta untuk menyokong 57 acara dan perayaan yang berlangsung tahun ini.

Beberapa acara penting yang disokong oleh kementerian kata Abdul Karim termasuklah Karnival Jom Heboh-Segulai Sejalai pada 26 hingga 28 Januari 2024, Miri Marathon pada 3 Mac 2024, Silabur Ultra Trail (SUTRA) pada 4 dan 5 Mei 2024.

“(Selain itu kita juga menyokong penganjuran) Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2024 dan World Boxing Championship yang berakhir 11 Mei lepas, Sape Junior dan Festival Makanan dan Budaya Samarahan yang sedang berlangsung,” katanya pada sesi penggulungan kementerian itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Sokongan menerusi geran berkenaan tambah Abdul Karim turut membabitkan Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2024 yang akan bermula pada 16 Mei hingga 22 Jun 2024, selain Samarahan Bike Challenge, Pesta Sebauh 2024 serta Rainforest Youth Summit pada penghujung Jun.

Sementara itu beliau turut memaklumkan beberapa acara ikonik turut dijadual berlangsung di Sarawak tahun ini.

“Acara tersebut termasuk Siol International Mountain Bike Challenge (SIMBC): 21-23 Jun 2024, Rainforest World Music Festival 2024: 28-30 Jun 2024, WAK Festival: Jun hingga Oktober 2024, Pesta Kaul Mukah 2024: 15-21 Julai 2024, Pesta Benak: September 2024, Pertandingan Bintang Kecil: 14-21 September 2024 dan Pertandingan Bintang P. Ramlee: 28 September hingga 30 November 2024.

“Selain itu, 9th Sarawak Hornbill Tourism Awards (SHTA): 27 September 2024, Pertandingan Tok! Buskers Challenge: 5-12 Oktober 2024, 10th Edition Sarawak International Dragon Boat Regatta: 25-27 Oktober 2024, Kuching Marathon: 27 Oktober 2024 serta Sarawak Regatta: 1-3 November 2024,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan