Search
Close this search box.
Kursus keibubapaan, pasca perkahwinan, pengurusan keluarga dan Sustainable Wellness for Young Women akan diteruskan pada tahun ini. Foto Envato

DUN Sarawak: Kursus keibubapaan, dan pengurusan keluarga diteruskan tahun ini – Fatimah

ByAkma Salleh

KUCHING, 14 Mei: Kursus keibubapaan, pasca perkahwinan, pengurusan keluarga dan Sustainable Wellness for Young Women akan diteruskan pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia bagi memantapkan institusi kekeluargaan dengan menyasarkam seramai 890 peserta.

“Kursus-kursus ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM267,000, sejajar dengan agenda SDG 1 ‘Tiada Kemiskinan’ kementerian juga menyediakan bantuan secara inklusif.

“Ia bagi meningkatkan kesejahteraan keluarga yang terjebak dalam isu sosial melalui program Pemerkasaan Keluarga Berpendapatan Rendah (LIFE) dengan menyediakan keperluan modal pemulihan berbentuk bantuan sehingga RM5,000 secara sekali bayar (one-off) untuk menjalankan aktiviti peningkatan pendapatan atau bantuan berkaitan sokongan kesihatan dan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut Fatimah turut memaklumkan pada tahun ini, RM3.75 juta turut diperuntukkan bagi pelaksanaan LIFE. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan