Search
Close this search box.
Kajian Kebolehlaksanaan Projek Kereta Api trans Borneo kini berada dalam proses penilaian tender. Foto hiasan Envato

DUN Sarawak: Kajian Kebolehlaksanaan Kereta Api Trans Borneo dalam proses penilaian tender

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 14 Mei: Kajian Kebolehlaksanaan Kereta Api Trans Borneo kini berada dalam proses penilaian tender, kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin.

“Skop kebolehlaksanaan kajian adalah untuk menilai beberapa faktor seperti pemilihan laluan dan stesen, pengiraan kos, pembangunan berlanjutan, kesan kepada alam sekitar dan manfaat sosioekonomi yang berpotensi untuk Sarawak, Sabah, Kalimantan dan Brunei,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, semalam.

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan Sarawak merupakan sebahagian daripada Jawatankuasa Teknikal Kajian Kebolehlaksanaan Kereta Api Trans Borneo.

Katanya, penilaian tender kajian yang dilakukan itu telah bermula pada Mac tahun ini.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pihaknya menjangkakan kajian kebolehlaksanaan akan mengambil masa sembilan bulan.

“(Selepas itu) baru kita tahu sama ada boleh dilaksanakan atau tidak dari segi komersial, teknikal dan sebagainya,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS