Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto KPWK

DUN Sarawak: 1,274 wanita terima manfaat GMPW Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 14 Mei: Seramai 1,274 wanita di wilayah ini telah menerima manfaat menerusi Geran Modal Pemerkasaan Wanita (GMPW) Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, jumlah itu membabitkan peruntukan berjumlah RM2.5 juta.

“Keprihatinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memastikan sasaran hasil utama sektor perkhidmatan sosial tercapai, telah memberi peluang kepada pihak Kementerian untuk meningkatkan produktiviti perniagaan usahawan wanita Sarawak melalui penambahbaikan peralatan perniagaan mereka.

“Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak bernilai RM2.5 juta yang diperuntukkan pada tahun lepas (2023) telah dimanfaatkan oleh 1,274 penerima yang telah berhasil meningkatkan pendapatan mereka sebanyak 23.29 peratus daripada pendapatan asal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan kementeriannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini pada Selasa.

Berdasarkan penilaian permohonan yang telah diterima, terdapat seramai 883 usahawan yang layak, dan memerlukan peruntukan tambahan berjumlah RM1.8 juta.

GMPW adalah program yang menyasarkan wanita Sarawak berumur 18 tahun ke atas dan berada dalam kelompok B40.

Program ini memberi pendedahan dan maklumat berhubung peluang pekerjaan bagi wanita dalam sektor ekonomi formal dan informal serta meningkatkan akses penyertaan wanita dalam masyarakat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan