Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman. Foto fail TVS

Chong tidak bertanggungjawab, ‘menangis’ apabila ditegur – Fazzrudin

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 13 Mei: ‘Anda dipilih sebagai wakil rakyat adalah untuk bercakap benar, bukan mengeluarkan persepsi yang mengelirukan’, demikian kata Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman mengenai dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Chong Chieng Jen yang mendakwa dibuli kerana mengutarakan pendapatnya.

“Saya masih ingat kenyataan Chong Chieng Jen mengenai pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau menyatakan bahawa Allahyarham meletakkan asas kekuatan yang kukuh untuk Sarawak sehingga menjadikan Sarawak sebagai negeri yang boleh bergerak ke masa depan yang lebih cerah.

“Namun apabila usul dibentangkan, beliau bukan sahaja tidak memberikan sokongan malah bersikap tidak menghormati mengenai usul tersebut (semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tindakan Chieng Jen yang juga Pengerusi DAP Sarawak pada Isnin lepas dikritik ADUN Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Fazzrudin yang juga ADUN Tupong menambah, Chieng Jen menyalahkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana tidak memperuntukkan dana bagi membaik pulih sekolah daif sedangkan autonomi pendidikan berada di bawah Kerajaan Persekutuan.

“Parti beliau adalah sebahagian dari kerajaan pada waktu itu. Kerajaan Sarawak tidak pernah terlepas dari membayar semula pinjaman malah Kerajaan Sarawak yang dipimpin GPS telah memberikan dana kepada Kerajaan Persekutuan untuk membaik pulih sekolah-sekolah yang daif,” katanya.

Namun apabila Putrajaya membayar semula pinjaman Kerajaan Sarawak untuk sektor pendidikan dan kesihatan, Chieng Jen tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun penghargaan kepada Abang Johari.

“Chieng mempunyai pandangan yang salah terhadap demokrasi sekali gus tidak memahami tanggungjawab. Chieng Jen pernah berkata kuasa yang hebat datang dari tanggungjawab yang hebat. Namun dalam hal ini, Chieng Jen memilih untuk tidak bertanggungjawab dengan kata-katanya, tetapi ‘menangis’ seperti anak kecil apabila ditegur,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan