Search
Close this search box.
Rumah Panjang Tatai Emas, Kapit mirip kawasan perumahan moden di bandar. Foto, Febbright James (TVS)

Adat Mangkung Tiang tidak dilupakan di rumah panjang moden

ByFebbright James

KAPIT, 13 Mei: Seiring peredaran zaman, seni bina rumah panjang di Sarawak turut mengalami evolusi apabila ciri moden diterapkan.

Jika dahulu, pemandangan rumah panjang sinonim dengan tiang kayu yang tinggi, berdindingkan buluh serta berbumbung atap namun gambaran itu mula berubah.

Perubahan turut berlaku di Rumah Panjang Tatai Emas yang menerima sentuhan seni bina terkini namun tradisi lama tetap dipelihara oleh penduduknya.

Tuai rumah, Steward Saba Sawing berkata, rumah panjang itu masih lagi mengamalkan upacara Mangkung Tiang untuk mendapat keberkatan apabila mereka berpindah ke bangunan baharu.

Lemambang Bangkong menjalankan Upacara Mangkung Tiang (Housewarming) di Rumah Tatai Emas Kapit. Foto Febbright James (TVS)

Menurut beliau, arus pemodenan tidak sesekali menjadi halangan bagi kaum Iban meneruskan adat dan tradisi mereka sejak zaman berzaman.

“Kami masih lagi mengamalkan adat di rumah panjang lama seperti ‘bedara’ dan sebagainya yang menjadi cara mengekalkan tradisi. Generasi muda juga digalakkan supaya terus mengangkat tradisi dan adat Iban supaya identiti kita tidak hilang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas Upacara Mangkung Tiang di Rumah Panjang Tatai Emas Kapit.

Rumah Panjang Tatai Emas, Kapit. Foto Febbright James (TVS)

Mengulas mengenai upacara tersebut, Steward memaklumkan upacara Mangkung Tiang bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan rumah baharu agar selamat, sejahtera dan membawa berkat kepada penghuninya.

“Semasa upacara ini, kita menyaksikan Lemambang memukul tiang sebanyak tiga kali dan membaca jampi. Lemambang yang dipilih untuk melaksanakan upacara ini merupakan seorang yang mahir dengan tradisi ini,” ujarnya.

Antara keperluan untuk melaksanakan upacara Miring. Foto Febbright James (TVS)

Sementara itu, penduduk turut gembira kerana rumah yang dibina sejak 2014 akhirnya siap.

Boney Wilson Belaja berkata, dia juga teruja melihat rumah panjang yang semakin moden dan suasananya seperti kawasan perumahan di bandar.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terutamanya wakil rakyat yang menyumbang untuk merealisasikan pembinaan rumah panjang baharu ini,” katanya.

Bonny David, 35, dia mengakui lebih selesa tinggal di rumah panjang berbanding berhijrah ke bandar seperti kebanyakan anak muda.

Katanya, dia mahu berbakti dan membangunkan rumah panjangnya tersebut.

“Saya tidak boleh lari dari asal usul nenek moyang. Jadi inilah tempat yang harus saya bangunkan, kalau bukan saya, siapa lagi,” katanya.

Bonny David (Penduduk), Boney Wilson Belaja (Penduduk) dan Steward Saba (Tuai Rumah Tatai Emas) ketika ditemui TVS.

Sementara itu Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut berbangga dengan penduduk Rumah Panjang Tatai Emas yang berjaya menyiapkan rumah tersebut dan membuktikan keharmonian dan sikap saling bekerjasama.

“Kita lihat bentuk rumahnya sangat cantik dan ini menampakkan silaturahim penduduk dan jawatankuasa kampung yang baik.

“Saya berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menjalankan tugas dengan baik demi kemajuan sosioekonomi mereka,” ujarnya.

Lemambang Bangkong akan memukul (mangkung) tiang sebanyak tiga kali sambil membaca jampi. Turut menyaksikan upacara tersebut ialah Ahli Parlimen Kapit Datuk Sri Alexander Nanta Linggi dan isteri Datin Sri Angelina Celestine Ujang. Foto Febbright James (TVS)

Tambahnya, kerajaan turut menyediakan bantuan kepada penduduk rumah panjang tersebut untuk pembinaannya -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan