Search
Close this search box.
Penyerang Kuching City FC, Tchetche Kipre bersaing merebut bola dengan pemain Kuala Lumpur City FC pada aksi sulung Liga Super 2024 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi, Foto, Kuching City FC.

Sepatutnya mata penuh untuk Kuching City FC

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 13 Mei: Kuching City FC sepatutnya terbang ke Sarawak hari ini dengan tiga mata penuh selepas perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam aksi sulung Liga Super 2024 malam tadi.

Ini berikutan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-40 selepas keputusan video bantuan pengadil (VAR) menunjukkan pemain import mereka Adrijan Rudovic melakukan terjahan keras ke arah Jordan Mintah dan diarahkan keluar padang.

Namun kapten Kuching City FC, Alif Hassan berkata, secara keseluruhan dia tetap berpuas hati dengan semangat pasukan yang ditunjukkan kerana mereka berjaya memperoleh mata di tempat lawan.

“Tekanan tetap ada selepas pihak lawan beraksi dengan 10 pemain.

“Sepatutnya kami boleh mencari tambahan gol kerana setiap perlawanan kita hendak mata penuh, apa pun seri pada perlawanan pembukaan sudah memadai kepada kami yang merupakan pasukan pelawat,” katanya kepada TVS hari ini.

The Cats berjaya meraih satu mata di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi selepas mengikat KL City FC dengan keputusan 1-1.

Pada minit ke-12, Kuching City FC ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Paulo Josue sebelum Pedro Henrique menghasilkan gol penyamaan kira – kira tujuh minit kemudian.

Ditanya mengenai pengajaran yang diperolehi daripada perlawanan itu, Alif mengakui mereka perlu manfaatkan setiap peluang terhidang terutamanya dalam situasi mempunyai kelebihan pemain.

Mengenai sasaran tahun ini, pemain berasal dari Lawas itu berkata, pengurusan mahukan pencapaian yang lebih baik berbanding kempen 2023 yang menyaksikan pasukan bergelut dalam carta liga.

Kuching City FC akan menerima kunjungan Sri Pahang FC bagi aksi kedua di Stadium Negeri Petra Jaya, 19 Mei depan.

Perlawanan dijadualkan bermula pukul 4.45 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan