Search
Close this search box.
Kereta dipandu suspek lelaki berusia 40-an berjaya ditahan di Plaza Tol Sungai Nyior, Lebuhraya Butterworth-Kulim dekat sini semalam. Foto X @update11111

Polis kejar kereta dipandu penagih dadah sejauh 20 km

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 13 Mei: Polis terpaksa mengejar sebuah kereta dipandu seorang penagih dadah sejauh kira-kira 20 kilometer (km) dari Bukit Mertajam sebelum berjaya dicekup di Butterworth semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner (ACP) Helmi Aris berkata, insiden itu tular di media sosial apabila video kereta suspek dikejar beberapa buah kereta peronda polis (MPV) dimuat naik di akaun X @update11111.

@tvsarawak

Polis terpaksa mengejar sebuah kereta dipandu seorang penagih dadah sejauh kira-kira 20 kilometer (km) dari Bukit Mertajam sebelum berjaya dicekup di Butterworth semalam. 📹 Laman X @update11111 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, anggota MPV cuba menahan kereta dipandu seorang lelaki yang disyaki memukul lelaki warga asing di kawasan Pusat Perniagaan Alma.

“Semasa anggota polis menghampiri kereta itu, pemandunya memecut sebelum dikejar kereta MPV.

“Suspek telah diarahkan berhenti, namun dia enggan sehingga melanggar sebuah motosikal (orang awam) di persimpangan Jalan Jaya Gading.

“Suspek kemudiannya berjaya ditahan di Plaza Tol Sungai Nyior, Lebuhraya Butterworth-Kulim di Butterworth,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemukan botol plastik yang diubahsuai disyaki untuk menghisap dadah bersama suspek berusia 40-an itu.

“Suspek warga tempatan dan kereta kemudiannya dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT bagi siasatan lanjut.

“Dia yang mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes dadah turut didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya lagi.

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan