Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Makmal Pembangunan Pelan Tindakan Industri Penjagaan di Malaysia dengan tema "Melestarikan Industri Penjagaan" di KPWKM hari ini.Foto, Bernama.

Pelan Tindakan Industri Penjagaan Malaysia dijangka siap Julai – Nancy

ByBernama

PUTRAJAYA, 13 Mei: Pelan Tindakan Industri Penjagaan Malaysia yang memberi tumpuan bagi melahirkan penjaga berkemahiran melibatkan kerja penjagaan warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak, dijangka siap Julai ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya sedar wujud keperluan untuk menjadikan penjagaan golongan berkenaan sebagai kerjaya profesional, lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaran negara menua menjelang 2030.

“Inisiatif pemerkasaan industri penjagaan merupakan indikator utama dalam Kerangka Strategik Malaysia MADANI bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), justeru ia salah satu persediaan diambil secara tuntas oleh kementerian dalam perjalanan Malaysia menjadi negara tua pada 2030,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Makmal Pembangunan Pelan Tindakan Industri Penjagaan Malaysia, yang antara lain diadakan dengan tujuan mengenal pasti cabaran dalam pelaksanaan industri penjagaan di Malaysia.

Selaras dengan inisiatif industri penjagaan itu, Nancy berkata KPWKM juga akan memperkasa peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai badan peneraju industri bagi penjagaan dan perkhidmatan komuniti dengan membangunkan lebih banyak Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) khusus bagi menyantuni golongan memerlukan.

“Selain itu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Institut Sosial Malaysia (ISM) akan menggiatkan lagi latihan dan persijilan Profesion Penjagaan Ibu Selepas Bersalin MamaCare dan juga kursus asuhan kepada pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA).

“LPPKN juga telah bersiap siaga dalam menjayakan industri penjagaan ini melalui penyediaan lima Pusat Penilaian Amali bagi latihan ibu selepas bersalin iaitu Pusat Keluarga LPPKN Pulau Pinang, Klinik Nur Sejahtera Dungun, Pusat Keluarga LPPKN Seremban, Klinik Nur Sejahtera Kluang dan Ibu Pejabat LPPKN,” katanya.

Pada sidang media kemudian, Nancy berkata KPWKM menyasarkan untuk melahirkan 385 pelatih berkemahiran yang mempunyai ilmu teknikal dalam berdepan dengan penjagaan warga emas, kanak-kanak mahupun OKU.

“Kita (KPWKM) memang ada 655 penjaga sejak 2018, tapi mereka hanya dilatih secara asas sebagai caregivers sahaja, tapi sekarang nak latih mereka sebagai penjaga yang lebih berkemahiran,” katanya.

Pada masa sama beliau mengalu-alukan penyertaan golongan lelaki untuk dilatih sehingga menjadi penjaga berkemahiran memandangkan bilangan mereka amat rendah jika dibandingkan dengan keperluan penjagaan terhadap golongan itu. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan