Search
Close this search box.
Edgard D. Kagan melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh di sini hari ini. Foto, Zaim Zharfan (TVS).

Mutang berdedikasi terhadap reformasi Parlimen Malaysia – Duta Amerika Syarikat ke Malaysia

ByHandy G

KUCHING, 13 Mei: Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan berkata, pemergian Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal merupakan kehilangan besar kepada Sarawak dan Malaysia.

Mengenang memori bersama mendiang, Kagan menzahirkan penghargaan terhadap dedikasi Mutang kepada reformasi Parlimen dan komitmennya dalam mengukuhkan kerangka institusi di Malaysia.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap agar mereka tabah menghadapi detik sukar kehilanagn insan tersayang.

“Saya amat terkesan dengan dedikasi Mutang yang mendalam terhadap reformasi Parlimen dan komitmen jitu mengukuhkan institusi yang menaungi demokrasi.

“Kecintaan mendiang terhadap Malaysia dan semangat yang mendalam untuk Sarawak amat jelas. Kepemimpinan dan visinya pasti akan dirindui,” katanya kepada media selepas melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh di sini hari ini.

Mutang, 70, meninggal dunia pada 11.46 pagi di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung pada Jumaat lepas.

Jasad mendiang selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan