Search
Close this search box.
Datuk Jerip Susil di Majlis Perasmian Kedai Kopi MALANDA di Siburan hari ini. Foto UKAS

MALANDA lambang komuniti, pemangkin ekonomi – Jerip Susil

ByKimberly Dickson

KUCHING, 13 Mei: Sarawak memiliki produk kopi tersendiri iaitu MALANDA yang mampu menjana ekonomi melalui tagline “Culture First, Coffee Next” yang dirasmikan secara besar-besaran bagi penggemar sejati kopi premium hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Jalan dan Udara), Datuk Jerip Susil berkata, beliau gembira menyaksikan penubuhan itu yang mampu menekankan kepentingan keusahawanan dan perniagaan kecil dalam memupuk pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat.

“Pelancaran hari ini bukan hanya mengenai pembukaan kedai kopi, namun ia melambangkan semangat inovasi, keazaman dan kerjasama yang mentakrifkan komuniti kita.

“Saya yakin, Kedai Kopi MALANDA bukan sahaja akan memuaskan hati penggemar kopi dengan tawaran yang hebat tetapi berfungsi sebagai pemangkin untuk pemerkasaan ekonomi dan perpaduan sosial di Sarawak,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong di Majlis Perasmian Kedai Kopi MALANDA di Siburan di sini, hari ini.

Pengasas Kedai Kopi MALANDA, Suhardi Kadir berkata, produk itu dihasilkan oleh anak jati Sarawak sendiri iaitu dia dan Richard Chai melalui ikatan persahabatan sebagai Pengasas MALANDA yang bermaksud “Malaysia Anda”.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Kedai Kopi MALANDA kepada komuniti Siburan yang memberi sokongan penuh dalam mencapai visi kami untuk melangkaui hidangan kopi yang luar biasa dan kami berhasrat untuk mewujudkan ruang di mana individu dari semua lapisan masyarakat berkumpul untuk berkongsi cerita, idea dan ketawa sambil menikmati secawan minuman yang dibuat dengan teliti.

“Pembukaan produk tempatan (MALANDA) ini adalah untuk memenuhi permintaan orang ramai (penggemar kopi) kerana mampu menjadi produk dan jenama yang setanding dengan produk lain serta membuka peluang perniagaan kepada golongan muda,” ujarnya.

Katanya, ini dapat membuka minda generasi muda menceburi bidang pertanian, penanaman kopi dan keusahawanan kerana pengasasnya sendiri percaya bahawa jenama itu mampu mengubah cara hidup dan memberi impak tinggi kepada sosio-ekonomi tempatan serta menyumbang kepada wilayah Sarawak sendiri.

Untuk maklumat lanjut tentang Kedai Kopi MALANDA dan tawarannya, ikuti mereka di Facebook Malanda – Kedai Kopi Premium & TikTok @malandacoffeeshop. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan