Search
Close this search box.
Lawrence Adi Raynold,32, dikhuatiri di baham buaya ketika menangkap ikan di Kampung Bangkong Asal, Pantu, petang semalam. Foto Bomba

Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika menangkap ikan

SRI AMAN, 13 Mei: Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika menangkap ikan di Kampung Bangkong Asal, Pantu, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali Lawrence Adi Raynold,32.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.30 malam daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkan seorang mangsa lelaki telah disambar buaya jam 5 petang.

“Ketika kejadian mangsa bersama tiga orang rakan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di tebing Sungai Semeruang, Bangkong, Pantu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, jarak rumah panjang dari lokasi kejadian dianggarkan mengambil masa 40 minit

“Setakat ini mangsa masih belum dijumpai dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dijalankan pagi ini,” ujarnya.- TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan