Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin berkata penumpang bas tambang RM1 meningkat kepada hampir 360,000 sebulan pada 2023. Foto fail TVS

DUN Sarawak: Sambutan bas tambang RM1 memberangsangkan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 13 Mei: Program Subsidi Tambang Bas RM1 yang diperkenalkan pada Mei 2020 masih mendapat sambutan memberangsangkan.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata ia susulan peningkatan yang ketara dalam bilangan penumpang bas.

“Menurut analisis, peningkatan berlaku sebanyak 57 peratus sejak subsidi tersebut dilaksanakan.

“Dari kira-kira 200,000 penumpang sebulan pada tahun 2020, tahun 2023 mencatatkan peningkatan sebanyak hampir 360,000 penumpang sebulan,” katanya menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Katanya, impak positif ini juga dapat dilihat dalam peningkatan bas yang beroperasi pada 2021 yang mencatatkan bilangan sebanyak 115 bas hingga 131 bas pada 2023.

Menerusi kejayaan ini beliau berkata kementeriannya akan terus melaksanakan program yang dikaji ini untuk laluan 40 kilometer (km) di dalam kawasan bandar.

Terdahulu beliau berkata, kementeriannya akan menilai semula pelaksanaan program subsidi ini dengan mengehadkan operasi bas hanya untuk laluan tidak melebihi 40km yang berbeza daripada pelaksanaan sebelumnya.

Matlamat program subsidi ini adalah untuk meringankan beban kewangan bagi kumpulan B40 dalam kos pengangkutan, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mempromosikan penggunaan pengangkutan awam di bandar.

Program ini melibatkan 11 syarikat bas yang beroperasi pada 47 laluan di kawasan bandar Kuching, Samarahan, Serian, Sarikei, Sibu, Miri dan Bintulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan