Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi ketika menggulung perbahasan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. Foto UKAS

DUN Sarawak: Projek Penyambungan Grid Utara dijangka siap hujung 2024

BySalasiah Safian

KUCHING, 13 Mei: Projek Penyambungan Grid Utara yang sepatutnya siap pada Mei ini tergendala akibat isu izin lalu (wayleave) di Long Latei, Long Meraan, Long Seridan, Long Kawa dan Long Selulong.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata sambungan talian penghantaran ke Grid Sarawak melalui projek tersebut dari Miri ke Daerah Lawas hanya akan dapat disiapkan pada penghujung 2024 sekiranya isu itu selesai.

“Saya menyeru semua pihak agar memberi kerjasama supaya masalah izin lalu ini dapat diatasi segera,” katanya berucap menggulung perbahasan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Menurutnya, projek sambung tara bekalan elektrik ke Sabah akan menghubungkan stesen pencawang Lawas yang baharu di Sarawak ke stesen pencawang Mengalong di Sabah melalui talian penghantaran 275kV sepanjang 34km.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung dengan siapnya penyambungan talian penghantaran dari Miri ke Daerah Lawas di bawah Projek Penyambungan Grid Utara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Â