Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi bersama dua timbalannya dan pegawai-pegawai kanan kementeriannya menunjukkan buku ucapan penggulungan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. Foto MUT

DUN Sarawak: Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura dijangka beroperasi 2031

ByBernama

KUCHING, 13 Mei: Projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Singapura dijangka akan beroperasi secara komersial pada tahun 2031, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi.

Beliau berkata projek sambung tara itu kini berada pada peringkat penyelidikan teknikal, termasuk kerja-kerja tinjauan laluan kabel dasar laut dan projek kabel itu akan ditaja jamin oleh Singapura.

“Manakala, cadangan projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Semenanjung masih di peringkat kajian awalan oleh Sarawak Energy dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya semasa menggulung perbahasan untuk kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Julaihi berkata bagi projek sambung tara bekalan elektrik ke Sabah pula, bekalan elektrik akan disambung dari stesen pencawang Lawas di Sarawak ke stesen pencawang  Mengalong di Sabah melalui talian penghantaran 275 kilovolt (kv) sepanjang 34 kilometer (km).

“Projek ini dijangka beroperasi pada suku keempat 2024.

“Walau bagaimanapun, ia adalah bergantung kepada siapnya penyambungan talian penghantaran dari Miri ke daerah Lawas di bawah projek Northern Grid Extension,” katanya.

Beliau berkata, kadar tarif elektrik di Sarawak adalah yang terendah di rantau ini iaitu 28.05 sen per kilowatt-jam berbanding 34.5 sen per kilowatt di Sabah dan 40 sen per kilowatt-jam di Semenanjung  Malaysia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan