Search
Close this search box.
Integrasi hidrogen sebagai sumber tenaga bersih dan boleh diperbaharui bagi memperkasa projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) menjadi satu daripada inisiatif utama dalam transformasi sektor pengangkutan Sarawak. Foto fail TVS

DUN Sarawak: Kenderaan berkuasa hidrogen, perkasa sistem pengangkutan Sarawak

ByBernama

KUCHING, 13 Mei: Integrasi hidrogen sebagai sumber tenaga bersih dan boleh diperbaharui bagi memperkasa projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) menjadi satu daripada inisiatif utama dalam transformasi sektor pengangkutan Sarawak.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata mengintegrasikan kenderaan berkuasa hidrogen dalam KUTS merupakan langkah ke hadapan ke arah menggalakkan mobiliti mampan di pusat bandar.

“Selain hidrogen, kita juga sedang meneroka penyelesaian inovasi lain untuk menjadikan sektor pengangkutan kita lebih mampan,” katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata inisiatif seperti menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik, menambah baik infrastruktur pengangkutan awam dan melaksanakan penyelesaian mobiliti pintar adalah antara strategi komprehensif pihaknya.

“Kementerian saya juga sedang meneroka inisiatif untuk sektor pengangkutan sungai turut beralih kepada kapal tenaga hijau dengan mengambil kira sistem pacuan berkuasa hidrogen atau elektrik,” katanya.

Kim Shin berkata Sarawak telah menyumbang kepada pencapaian Malaysia yang diiktiraf sebagai peneraju dalam peralihan tenaga di Asia Tenggara menurut Indeks Peralihan Tenaga 2023 oleh Forum Ekonomi Dunia

“Sarawak memainkan peranan besar dalam menyumbang kepada inisiatif ini dan menerajui dalam memanfaatkan potensi hidrogen sebagai sumber tenaga bersih dan boleh diperbaharui. Penting bagi kita untuk mengenengahkan peranan besar sektor pengangkutan dalam usaha ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan