Search
Close this search box.
roland sagah
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn. Foto TVS

DUN Sarawak: ICU JPM, MEITD adakan lawatan tapak ke lapan buah sekolah untuk projek baik pulih

BySalasiah Safian

KUCHING, 13 Mei: Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) akan mengadakan lawatan tapak ke lapan buah sekolah di Sarawak untuk projek baik pulih bermula hari ini hingga 16 Mei ini.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, lawatan tapak tersebut adalah untuk menilai keperluan bagi projek kerja pembaikan.

“ICU JPM telah memaklumkan ketersediaan peruntukan untuk lapan projek sehingga RM5 juta bagi setiap sekolah, bergantung kepada tahap kerja yang diperlukan.

“Sekolah tersebut adalah SMK Agama Sibu, SK Batu Lintang Sri Aman, SK Muhibbah Kuching, SK Sungai Bulu Senangeh Asajaya, SK Gumpey Gedong, SK Pelaman Sidunuk Serian, SK Patung Serian, dan SK Rambungan Lundu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap dengan model pelaksanaan alternatif tersebut kerja-kerja pembaikan dapat dipercepatkan dan kemudiannya dapat diaplikasikan ke beberapa lokasi lain yang sesuai.

Tambahnya, kementeriannya telah mengambil maklum berkenaan isu sekolah yang turut memerlukan bantuan sedemikian dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu dan mengkoordinasi kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bagi menangani isu berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan