Search
Close this search box.
Sarawak catat 31,010 pergerakan pesawat membawa 2.38 juta penumpang setakat suku pertama tahun 2024. Foto hiasan Envato

DUN Sarawak: 31,010 pergerakan pesawat membawa 2.38 juta penumpang

BySalasiah Safian

KUCHING, 13 Mei: Sarawak mencatat 31,010 pergerakan pesawat yang membawa 2.38 juta orang penumpang setakat suku pertama tahun 2024.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata ia melibatkan jumlah keseluruhan untuk pesawat dan penumpang kesemua lapangan terbang dan lapangan terbang landasan pendek (STOLport) di Sarawak.

“Untuk tempoh yang sama, sejumlah 14,504 tan kargo udara telah dibawa ke pelbagai destinasi di Sarawak. Kargo ini termasuk barangan elektrik dan elektronik, peralatan minyak dan gas, barangan e-dagang, yang termasuk bahan mudah terbakar, barangan mudah rosak seperti buah-buahan dan bunga segar, dan kargo am seperti fabrik dan pakaian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan untuk kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi penerbangan domestik dari negeri lain dalam Malaysia ke Sarawak termasuk wilayah Persekutuan, Sarawak menerima purata penerbangan sebanyak 455 setiap minggu di laluan sedia ada Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MASwings.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menerima kekerapan penerbangan paling banyak iaitu sebanyak 235 penerbangan seminggu, diikuti Lapangan Terbang Miri sebanyak 98 penerbangan, Lapangan Terbang Sibu (68 penerbangan), Lapangan Terbang Bintulu (32 penerbangan), Mulu (7 penerbangan), Lawas (2 penerbangan) dan Limbang dengan tiga penerbangan mingguan.

Bagi penerbangan domestik Sarawak atau penerbangan berjadual dalam Sarawak, terdapat purata 614 penerbangan setiap minggu pada suku pertama 2024 yang menghubungkan bandar, pekan dan penempatan luar bandar utama Sarawak di bawah Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS).

Lapangan Terbang Miri mengendalikan jumlah tertinggi dengan 173 penerbangan setiap minggu, diikuti Kuching (149 penerbangan), Sibu (68 penerbangan) dan Bintulu (43 penerbangan), manakala baki penerbangan pula adalah ke lapangan terbang yang lebih kecil dan STOLport.

Operasi penerbangan itu dikendalikan oleh AirAsia, Firefly dan MASwings.

Sehingga April 2024, hanya 33 penerbangan antarabangsa setiap minggu ke Sarawak berbanding suku keempat 2023, yang mencatatkan 40 penerbangan setiap minggu.

Ini berikutan penggantungan penerbangan AirAsia bagi laluan Singapura-Miri dan Singapura-Sibu dan penerbangan Malaysia Airlines bagi laluan Singapura-Kuching.

Punca penggantungan mereka kebanyakannya disebabkan oleh faktor muatan yang rendah dan syarikat penerbangan telah menghadapi kerugian dalam perkhidmatan laluan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan