Search
Close this search box.
Dua lelaki dikhuatiri hilang ketika keluar mencari lokan di hadapan bangunan Sains, Jalan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan, semalam. Foto Bomba

Dua lelaki dikhuatiri hilang ketika keluar mencari lokan

KOTA SAMARAHAN, 13 Mei: Dua lelaki dikhuatiri hilang ketika keluar mencari lokan di hadapan bangunan Sains, Jalan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini, semalam.

Mangsa dikenali Kawi Entinggi,54, dari Kampung Batu Gong Kota Samarahan dan Adi Alet,42, dari Kampung Tanah Putih Endap.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.44 pagi ini daripada pihak polis.

“Sehubungan itu, kita menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.

“Kedua-dua mangsa keluarga mencari lokan pada jam 12 tengah hari semalam untuk mencari lokan di kawasan berkenaan dan belum pulang sehingga laporan polis dibuat oleh ahli keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dua-dua mangsa bekerja di tapak pembinaan Syarikat Golden End Sdn Bhd gagal dihubungi kerana tiada membawa telefon bimbit. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan