Search
Close this search box.
Anthony Tan yang mewakili Tiong Sii menyaksikan pameran perasmian sambutan Hari Malaria, Hari Denggi Asean, Gotong Royong Mega Perangi Aedes Peringkat Negeri sambil diiringi Residen Sarikei, Micheal Ronnie Langgong dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Johny Kelak. Foto TVS

Sarawak serius perangi malaria

SARIKEI, 12 Mei: Pelaksanaan strategi kawalan yang berkesan membawa kepada penurunan jangkitan malaria ke atas manusia (indigenous) di seluruh negara terutamanya di Sarawak.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Sri Huang Tiong Sii berkata, usaha itu terbukti membuahkan hasil apabila sepanjang tempoh lapan tahun sejak 2016 sehingga kini, Sarawak berjaya mencapai sasaran sifar kes jangkitan wabak berkenaan.

Menurutnya, menjadi hasrat dan komitmen kerajaan untuk memastikan Sarawak untuk terus mengekalkan status sifar kes malaria dan berterusan memerangi malaria zoonotik dan seterusnya, kematian disebabkan malaria dapat dielakkan.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua anggota di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang terlibat. Sumbangan mereka yang bertungkus-lumus melaksanakan program-program kawalan dan eliminasi malaria sememangnya amat dihargai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian sambutan Hari Malaria, Hari Denggi Asean, Gotong Royong Mega Perangi Aedes Peringkat Negeri, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca Pengurus Dewan Suarah Sarikei, Anthony Tan yang mewakilinya di majlis itu.

Menurut Tiong Sii, aktiviti kawalan malaria di negara ini bermula sejak tahun 1901 sebelum disusuli program eradikasi malaria pada 1961, diikuti program kawalan malaria pada tahun 1980-an dan kemudian Pelan Strategik Eliminasi Malaria Kebangsaan (PSEMK) pada tahun 2011.

Sehubungan itu katanya, program kesedaran malaria akan terus dipertingkatkan melalui pelbagai pendekatan termasuk mengukuhkan kolaborasi antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan pelbagai agensi.

Program disertai lebih 300 penduduk sekitar Sarikei selain melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan