Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar dengan para atlet selepas merasmikan 100 Hari Menjelang Sukma XXI baru- baru ini. Foto, Bernama.

Sarawak labur RM30 juta persiapkan atlet hadapi SUKMA 2024

ByTVS

SEMATAN, 12 Mei: Kerajaan Sarawak membuat pelaburan besar mencecah RM30 juta bagi mempersiapkan barisan atletnya menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) ke 21 yang akan berlangsung di tempat sendiri pada Ogos depan.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSN) Awang Putra Yusrie Awang Redzuan berkata, kos itu merangkumi pembayaran jurulatih, peralatan, pendedahan kepada pertandingan dalam dan luar negara, makanan dan nutrisi, program motivasi, persiapan pakaian dan peralatan atlet.

Sarawak beri amaran awal, mahu juarai SUKMA 2024

Tambah beliau, peruntukan itu merupakan jumlah tertinggi yang pernah disalurkan bagi mencapai misi Sarawak bergelar juara keseluruhan SUKMA 2024.

“Kali ini kita mengeluarkan belanja yang agak besar untuk persiapan berbanding pada SUKMA 1990 dan 2016 ketika menjadi tuan rumah,” katanya.

Awang Putra Yusrie Awang Redzuan bercakap kepada TVS selepas hadir Majlis Penutup Sarawak Warrior Camp 2024 hari ini. Foto, TVS.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Penutupan Sarawak Warrior Camp 2024 di Kem Putra Sentosa Sematan di sini hari ini.

Sementara itu Awang Putra yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Negeri Sarawak berkata, Sarawak Warrior Camp 2024 dibahagikan kepada dua fasa dengan fasa pertama berlangsung pada 6 hingga 9 Mei lepas.

Insentif khusus untuk atlet Sarawak menang emas SUKMA – Abang Johari

Fasa kedua pula bermula pada 9 Mei dan berakhir hari ini.

“Fasa pertama melibatkan 248 atlet daripada 16 sukan antaranya angkat berat, badminton, catur, judo dan Muay Thai manakala fasa kedua melibatkan 289 atlet bagi 18 sukan berkumpulan antaranya bola sepak, ragbi, bola keranjang dan sebagainya,” katanya.

Gerald Rentap dipilih Chef De Mission Sarawak SUKMA 2024

Penganjuran kem ini juga katanya bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama atlet.

“Kita hendak memastikan mereka bersedia dalam aspek persiapan fizikal, mental dan seterusnya memberi keyakinan untuk berjuang bagi memastikan Sarawak muncul juara SUKMA 2024,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan