Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Mutang Tagal di Gereja BEM, Miri, hari ini. Foto kredit, UKAS.

Kerajaan Sarawak, Azerbaijan bekerjasama bawa pulang mendiang Mutang

ByDouglas Elliot

MIRI, 12 Mei: Kerajaan Sarawak bekerjasama dengan Kerajaan Azerbaijan untuk membawa pulang Datuk Mutang Tagal ketika mendiang jatuh sakit di negara berkenaan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, pihaknya bersedia untuk menghantar jet ambulans ke Baku selepas dimaklumkan hasrat keluarga Yang di-Pertua Dewan Negara mahu membawa mendiang mendapatkan rawatan di Malaysia.

Jasad Datuk Mutang Tagal selamat tiba di Miri

Jelas Abang Johari berikutan perjalanan kapal terbang dari Malaysia ke negara itu mengambil masa, Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev turut menawarkan kapal terbang peribadi beliau untuk menghantar Mutang ke tanah air.

“Oleh sebab Kerajaan Azerbaijan juga menawarkan kemudahan kapal terbang mereka, maka ia merupakan kerjasama kedua belah pihak.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah memaklum kepada saya untuk menyediakan kemudahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di Gereja BEM di Miri hari ini.

Mutang Tagal akan dirindui – Gerawat Gala

Turut hadir, isterinya Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Mutang meninggal dunia kira – kira 11.46 pagi pada 10 Mei lepas akibat komplikasi jantung ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Sebelum itu mendiang dilaporkan jatuh sakit sewaktu lawatan kerja di Azerbaijan yang bermula 29 April lepas. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan