Search
Close this search box.
Bersempena sambutan Hari Ibu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang menitip penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu khususnya kepada Allahyarham ibu beliau, Che Yan Hamid Hussein, dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Foto Anwar Ibrahim (FB)

PM ucap Selamat Hari Ibu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Bersempena sambutan Hari Ibu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang menitip penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu khususnya kepada Allahyarham ibu beliau, Che Yan Hamid Hussein, dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menerusi hantaran di laman Facebook malam ini, Anwar menzahirkan ucapan terima kasih atas segala  pengorbanan, penat lelah dan nasihat yang tidak putus-putus diberikan oleh seorang ibu demi kasih sayang  kepada anak-anak.

Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu – Nancy

“Kenanglah jasa ibu kita. Dakaplah tubuhnya dan kucuplah tangannya setiap saat selagi Yang Maha Esa mengizinkan waktu untuk kita bersama ibu,” kata beliau.

Perdana Menteri turut memuat naik dua keping gambar beliau memeluk Allahyarham ibu dan isteri tercinta.

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan